![]() |
|
|
|
Selamat Datang Bulan2 Mulia... Assalamu`alaikum... Sangat lama tak menulis kat sini sbb sibuk menulis kat sinun...kat studi yang akan berakhir tak lama lagi. Tapi bila dah hujung2 ni, kadang2 boleh duduk kat depan komputer berjam2 end up buat entah apa2 la...pastu frust sebab tak menulis apa2. Ataupun, konon2 sebelum tido berazam early in the morning tomorrow nak 'get out and do somethin'...cewah. End up memasak lah, main ngan anak lah ...bla .. bla.. bla. Bukan apa, i really love spending time wit my family, somehting tat i cannot do much in the future due to the office working hour. So far I can handle studying while 'familying'. Tp kalu tak leh jugak, i cabut to my office or jarang2 library. I gave birth to two kids while doing my PhD...but don't worry mt study is still on good track, macam orang lain jugak. Kata orang, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. I still remembered writing literature review during my 'perut besar' stage...and then stop at 11am to do the cooking. Bukan tak ada maid, cuma i feel great cooking for the family...bukan susah pun. I'm sharing this pun bukan apa, just to share this one very important point. Ramai orang meletakkan family sebagai satu burden yang menyebabkan banyak kerja2 terbengkalai. Family sebagai satu penghalang besar. Lepas tu hasilnya mengorbankan 'apa yang sepatutnya family dapat' untuk mengejar 'apa yang kita ingin dapat'. Tak salah mengejar apa yang kita ingin dapat...infact itulah spirit yang patut kita pegang. Tapi yang tak kena nya ialah kita telah tidak menunaikan hak anak2, dan suami dengan baik....sedangkan hak kita ditunaikan oleh mereka. Ada contoh dari kawan, yang memberitahu saya untuk menunaikan hak kepada anak2 dengan baik, dan hasilnya Allah akan mempermudahkan kerja kita. She learned that thru a hard way. Atas nama nak konsentret study, she and her phd siang sampai malam...harapkan pengertian suami untuk tgkkan anak2 dibawah jagaan maid la. The husband so baik. Tapi studynya tidak mudah. 6 tahun belum habis2. byk masalah...supervisor, data, etc2. The kids needed her, tp she didn't fulfill her responsibility well. As for me, Allah permudahkan setiap kerja dalam setiap masa yang limited. So far, my supervisor is happy with my progress. Apa yang penting, keikhlasan dalam setiap apa yang dilakukan. Dalam membuat PhD, pengajaran utama yang dipelajari is about consistency...mudah2an aku akan terus konsisten, God please accompany me along the way...don't leave me alone. Ok, enuf wit tat....now nak cakap tentang bulan2 mulia. Sekarang kita berada di tengah2 bulan mulia. Untuk panduan bersama:
Hari ini 5 August adalah bersamaan 14 Syaaban 1430 Hijrah. InsyaAllah, kita akan menyambut Syawal sekitar 20 September 2009. Berikut adalah sedikit maklumat tentang bulan Syaaban...untuk kita kongsi bersama. Dipetik dari seorang penyelidik dari IKIM. Islam memberikan pelbagai peluang keemasan yang seharusnya diterokai dan diikuti oleh setiap penganutnya. Peluang yang diberikan oleh Islam ialah dengan memberikan pelbagai tawaran dan ganjaran yang akan diperolehi sekiranya mereka berusaha untuk mematuhi ajarannya. Inilah yang mencorakkan keindahan ajaran Islam. Semua ini bertindak sebagai pencetus daya motivasi mereka untuk terus berusaha dan bekerja di samping mengejar segala kebaikan dan menjauhi segala kejahatan. Kelebihan yang baik itu seterusnya diberikan hanya kepada mereka yang berusaha mencari kebaikan dan menghapuskan kejahatan. Salah satu peluang yang mesti direbut itu adalah mengejar kebaikan yang hanya diberikan oleh Allah dalam bulan-bulan tertentu dan tidak pada bulan-bulan yang lain. Jika ada, ganjaran di bulan tersebut tentunya lebih baik lagi jika dibandingkan dengan kebaikan yang ada pada bulan-bulan yang lain. Sesungguhnya, setiap ganjaran akan diberikan oleh Allah kepada para hambaNya dalam bulan-bulan tertentu. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesungguhan mereka berusaha dan beramal, malah ini untuk kebaikan mereka juga. Inilah peluang keemasan yang semestinya mereka kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Sudah tentu, mereka pula janganlah semata-mata ingin memperolehi ganjaran itu, tetapi yang lebih utama adalah mendapatkan keredhaan Allah, dan inilah yang lebih penting. Kerana ganjaran baik itu akan mereka perolehi jika Allah meredhai amalan mereka. Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda. Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar, kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud, Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya. Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid. Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Di samping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini. Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba’, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya. Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka. Mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan mereka di dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan. Ini juga bertepatan dengan maksud hadis Rasul S.A.W bermaksud, Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, masa senang sebelum datangnya masa susah, masa sihat sebelum datangnya sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati. Ok, Selamat Beramal...
My first Mother's Day gift Life moves very fast...didn't realise that my 8 years baby girl has grown up and started to understand to role of appreciation and self expression. Well done baby, mommy so glad you did. Before that, happy mother's day to all mother in the world, may all of us be granted with passion and never ending love to our families On that very day, I remember picking her from school at 6.30 pm, saw her very happy face entering the car, and her "hi mom..."...as usual. Suddenly she pecked a kiss on my cheek and said "tadaaaa....happy mother's day mom. I love you." She handed me a gift and a note, and not to forget one small gift for dad so that dad won't feel left out on the mother's day...ahahaha... that girl...she's my girl. so proud of you. Frankly speaking, i was so flattered, not to expect to get a mother's day gift this early, when the kids are all still small. thougt maybe when the kids at sekolah menengah ke, baru dapat gift. I hugged her, and thanked her many times, and told her it was very kind of her to celebrate a mothers day with me. Here is the note...posted here so that I can still remember my first mothers day note whenever i open my blog. "WE LOVE YOU MOM AND DAD (the headline...ahaha) Mom and dad must love me okay and mom and dad must tech (teach actually) about we love family and tech me about do not angry to my brother and my sisters. First, do not, in Bahasa Malaysia..jangan bergaduh dan berkelahir. and two do not, in Bahasa Melayu, jangan pukul adik dan cubit adik, and three do not, bahasa melayu, jangan pukul kepala adik. and you okay. thank you. you love me." Ahaha...ok la tu. ayat tunggang langang. Dwi bahasa pulak tu. Actually dia ni kakak sulung yang sayangkan adik, cuma garang sikit. Baru je lepas nasihat dia jangan suka cubit adik, nasihat jer. Happy Mothers day all...
Psychological remedy.... Daddy is away for 3 days. Outstation. Its midnight now, still couldn't close my eyes. Just want to share my new finding..a trial and error version of psychological remedy. Remember last week was the 'minggu sakit'. Alhamdulillah, kids are all very healthy now. As usual, i'll do the closing ceremony la...nasib baik cuma batuk2 saja. Story kali ini is about my son, ammar. After 3 days medication, no longer he suffered from flu. temperature had get back to normal tp he slept all day, woke up few times to drink, and then got back to sleep again. Again, I was worry la because this is not normal. We thought to bring him to doctor again. On the way to the clinic, I said to hubby no more doctor. No more drugs. Jeng..jeng..masa ni la nak pakai all the knowledge in psychology yang berakar masa study kat uia dulu...ahaha. So kitapun change direction. I thought Ammar needs new environment that day. Ye lah, masa x sihat tu asyik duduk rumah je. We headed to Mines Shopping Centre...playtime. We expected to see Ammar get back to his happy go lucky mood bila main2 nanti. But if he still mcm tu, then we have no choice but to bring him to see the doctor la.
Ok lah, the response was quite slow in the beginning of the playtime. Masa naik elephant pun he just senyum2 cam dalam gambar tu. This was very unlike him la. Normally he will laugh and shout my name, and joget2 goyang badan atas elephant yang berjalan tu.
But then we were quick to move to our next strategy. Ammar loves kapalterbang, motor and kete. So we let him chose toys he like. As usual la, tapatebang (kapalterbang) will always be his first choice. He was happy, dah start melompat2 main kapalterbang. Ahahaha... alhamdulillah.
The funniest part was that papa had to accompany ammar naik merry go round...ehehehhe.. anyhing for ammar, kan dad. ehehehehe. At the end of the mission, objectives accomplished. Tp bila dah get back to normal ni, problem la pulak pasal active la cam biasa. Tak boleh makan dgn tenang masa kat restaurant. Tapi bak kata orang tua2, alah biasa tegal biasa. Janji rock, kan dad...rock merry go round..ahaha Baru2 ni, my ammar jatuh dari kerusi dan belakang kepala terbelah sikit. Do not know how to describe our feelings hari tu. We rushed to Hospital Serdang and luckily no stitches needed. They used 'glue' instead(don't know the name of the glue) to glue kulit kepala yang terkoyak dalam 1 cm tu. Ammar is ok now, even masa kat hospital pun he still active, as if nothing happened to him...Ammar...Ammar. Macam ni rupanya anak lelaki. Ya Allah, semoga anakku membesar sebagai anak yang soleh yang boleh mendoakan kami dan memimpin saudara perempuannya sebagai pengganti kami kelak...amin
|